Akaun gogocare.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


SUMBANGAN BAKUL MAKANAN






Siapakah diantara sahabat-sahabat kita, saudara mara dan keluarga jiran tetangga kita yang mungkin dalam diam kelaparan, tiada tempat mengadu dan malu untuk meminta?


1. Mereka yang terjejas pendapatan disebabkan premis perniagaan terpaksa ditutup dan hilang pelanggan


2. Golongan hilang pekerjaan kerana syarikat yang tidak dapat menanggung kos setiap kali PKP


3. Peniaga yang hilang pendapatan dan terpaksa tutup bungkus terus perniagaan


4. Golongan Asnaf & B40  ibu tunggal & golongan miskin bandar



..Dan ramai lagi di antara mereka mungkin rasa tertekan untuk meluahkan masalah mereka dan malu untuk berkongsi kesusahan mereka, sedangkan rakyat Malaysia yang lain yang masih mempunyai pekerjaan dan masih tidak terjejas pendapatan masih lagi bernasib baik sedang menikmati makanan enak dirumah dan kita lupa ada diantara mereka insan dalam komuniti kita yang mungkin tidak mampu mengalas perut..Sanggupkah kita membiarkan mereka begitu saja...?




“Satu suap kau masukkan ke dalam perut orang yang lapar lebih baik dari membangun seribu Masjid Jamek. Dan lebih baik dari memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik dari orang yang qiamullail dan rukuk, Dan lebih baik dari berjihad melawan kekafiran dengan pedang yang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas. Jika tepung itu masuk ke dalam perut orang yang lapar, maka ia mempunyai cahaya matahari yang terang benderang. Sungguh beruntung bagi orang yang memberi makan kepada orang yang lapar”


~Sheikh Abdul Qadir Al Jilani





Dari Ibnu Abas dari Nabi SAW


"Tidak termasuk orang mukmin, orang yg kenyang sementara tetangganya kelaparan"


(HR atTabrani No:  12579) 


Inilah peluang kita beramal jariah. Dari hujung jari saja GOGOCARE adalah sekretriat dibawah Yayasan PEACE akan bekerjasama dengan GOGOPASAR melaksanakan amanah rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang terjejas oleh Covid 19. Pakej yang kami tawarkan adalah barangan asas makanan yang boleh menggilap sinar cahaya harapan kepada yang memerlukan. Sadaqah tidak memerlukan kita mesti seorang yang kaya raya tetapi dari hati yang tulus dan kaya dengan simpati kepada hamba Allah yang lain..


Tersangatlah mudahnya...


Pilih saja Pakej yang sesuai, GOGOCARE akan mengendalikan segala pembungkusan dan penghantaran makanan melalui kepada mereka yang terjejas diketika pandemik ini.